Sunday, July 18, 2010

NAJIB DAN ROSMAH BERBELANJA RM3.9 BILLION SETAHUN! ALAMAK MEWAHNYA MEREKA. DUIT SIAPA TU YANG MEREKA BELANJA SEBESAR ITU?


Berita

Rakyat disuruh berjimat cermat dalam masa sama dicekik dengan pelbagai cukai. Tetapi pemimpin boros tanpa had. 
 
Apabila barang-barang keperluan asas dinaikkan kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah teramat sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional, Rakyat bawahan khususnya yang berpendapatan rendah dan 75% daripadanya adalah bumiputra termasuklah penyokong-penyokong kuat  UMNO sendiri yang selama ini begitu setia menyokong Umno-BN tak berbelah bahagi, juga turut menjadi kerakusan pemimpin-pemimpin UMNo untuk hidup bermewah-mewah. 
 
Wahai pemimpin-pemimpin UMNo sedarlah perbelanjaan RM3.9billion setahun tu adalah terlalu besar diluar kotak pemikiran rakyat untuk menerima yang pemimpin negara memerlukan perbelanjaan yang sebegitu besar. Untuk apakah perbelanjaan yang sebegitu besar? Sedangkan segala-galanya disediakan percuma oleh kerajaan, makan minum, kos perbelanjaan, kos sewa rumah, kos perjalanan, perbelanjaan tukang kebun, pembantu rumah, pengawal keselamata, semuanya disediakan oleh kerajaan! jadi buat apalah berbelanja begitu besar?



Pemimpin-pemimpin Umno-BN janganlah menipu rakyat lagi. Janganlah memeras rakyat tetapi tetap berkehendakkan rakyat untuk terus memberi sokongan kepadanya. 
 
 
Janganlah ingat apabila menukar tajuk berita media “subsidi diturunkan” kepada “penyelarasan harga subsidi” maka kenaikan harga yang terjadi selepas itu akan diterima oleh rakyat. Hidup kami dah terlau perit sebelum ini dan ketika ini. Jadi sudah tentunya kenaikan harga barangan akan menyusahkan lagi kehidupan kami dan menyebabkan kami makan terseksa.

Jadi apa perlunya kenaikan harga minyak ni sedangkan rakyat Malaysia nak minum teh o ais pun kena pikir 2 kali. Nak makan roti canai pun kena fikir 3x. Apatah lagi nak makan nasi direstoran kena fikir 5 kali.
 
Cukupkah pendapatan ku ini untuk:-
nak bagi makan anak bini aku?
nak bayar ruah sewa aku?
nak bayar duit baby sitter anak aku?
nak bayar ansuran kereta aku?
nak bayar premium insurans dan cukai jalan kereta aku?
nak bayar duit tol kepejabatku?
nak kirim kat emak aku yang dah taklarat bekerja tu?
nak tukar tayar kereta yang dah botak tu?
dan macam-macam lagi.

Macam inikah konsep 1Malaysia tu? Rakyat didahulukan? 

Tetpi Najib dengan selambanya  mengatakan “rasionalisme subsidi”. Kekadang kesian juga kat  editor serta wartawan tu? Yalah mereka  terpaksa  menggunakan perkataan-perkataan yang diluluskan  sahaja dan terpaksa menyembunyikan maklumat yang sebenarnya untuk memastikan UMNO  terus kekal menerajui kerajaan walaupun rakyat marhaen. yang jadi mangsanya.
 
Sepatutnya mereka jujur dengan data yang sebenar. Siapa yang boros? Siapa yang membazir dan salah urus dana awam termasuk syarikat-syarikat GLC. 
 
Mereka sepatutnya mempunyai etika dan amanah untuk melapurkan kemana sebenarnya perjalanan kewangan Negara yang merupakan milik rakyat. Tetapi malang apabila mereka menjadi hamba dan diperkudakan pemimpin-pemimpin negara. 
 
berikut ini adalah senarai pembaziran-pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNo

1. Pembaziran Pilihanraya Kecil

Kenapa mereka tidak lapur pembaziran yang berlaku setiap kali pilihanraya kecil? Dia siapa yang mereka guna? Duit Umno atau duit rakyat? Terakhir pilihanraya Sibu. Hampir 2 billion ditabur demi kepentingan politik sempit Umno-BN. Bukan sedikit tu! Apa jadi. Pengundi Sibu berkata: “ Terimkasih Najib kerana sudi meluangkan masa dan memberi angpau!...” 
 

2. Perbelanjaan JPM diketuai Najib

Rakyat dinaikkan harga barang untuk berjimat 750 juta tetapi untuk pemimpin? Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 bilion bagi tahun 2010. 
 
Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri yang disayangi Perdana Menteri, Rosmah Mansor. 
 
RM3,900 juta bukan sedikit. Kemana duit itu dibelanjakan. Sepatutnya media cari maklumat dan dedahkan untuk pengetahuan rakyat.

3. Subsidi konglomerat dan subsidi rakyat

Rakyat juga ingin tahu perbandingan subsidi terhadap rakyat dan subsidi terhadap kroni-kroni mereka. 
 
 
Contohnya "Negara memberikan subsidi sebanyak RM20 bilion setahun kepada IPP iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power. 
 
Kenapa? Sedangkan sudah ada TNB milik rakyat. Kenapa bersekongkol duit rakyat demi kepentingan IPP. Subsidi 20 billion tetapi mencekik duit rakyat  hanya untukuntuk mendapatkan  RM750juta sahaja. 
 
Pastinya perkara ini dilakukan kerana tidak lain dan tidak bukan dibelakang syarikat tersebut adalah kroni-kroni mereka termasuk anak-anak Dr Mahathir sendiri. Biarlah rakyat mampus asalkan kroni dan anak-anak mereka menjadi billionair.

Syarikat-syarikat pengeluar tenaga independen (IPP) mendapat keuntungan berlipat kali ganda akibat sistem subsidi bahan api yang tidak masuk akal. 
 
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengakui IPP mendapat bekalan gas dengan harga RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British) sedangkan harga pasaran RM41 mmBtu. 
 
Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu. Tambahnya, keadaan ini membolehkan "IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi." 


Pemimpin-pemimpin UMNo ni jelas memang pengkhianat dan penyamun!. Pemimpin-pemimpin UMNo ni menjual gas kepada IPP dengan harga  subsidi dan subsidinya begitu besar sekali sehingga sanggup menjualnya dibawah harga kos pengeluaran tetapi kepada rakyat pula dinaikkannya harga gas itu.Memang sah pengkhianat pemimpin-pemimpin negara kita ni!
 
 
Sepatutnya kepada orang ramailah diberikan subsidi, kalau tak hendak berikan subsidi pun tak apa tetapi janganlah sesekali berikan subsidi yang begitu banyak kepada syarikat-syarikat IPP tu yang hanya tumbuh selepas DASRA PENSWASTAAN!
 
Apatahlagi kita menggunakan gas kita sendiri yang disedut diperairan Terengganu, diproses dan dibotolkan di Paka-Kerteh dan dijual dengan harga yang dinaikkan kepada RM1.85 sekilo. Apa pula subsidinya? 
 
Itukan kepunyaan rakyat Malaysia, gas percuma kurnian Allah. Jadi memang tak patut  rakyat dibebani dengan harga yang melambung tinggi untuk memperkayakan kroni-kroni. 
 
 
Tahukan saudara YTL di Paka-Kerteh mengaut untung RM1.5 juta sehari, RM40 juta sebulan dan RM500 juta setahun. Apakah kepakaran yang mereka ada? Hanya sekadar menculik kepakaran dan kemahiran pekerja TNB, jiran sebelah. 
 
Tetapi rakyat pula yang dicekik dan syarikat kroni yang untung beratus juta diberi subsidi? Apa rasionalnya memberi subsidi gas kepada IPP RM35.7 bilion, manakala sektor penjanaan tenaga pula mendapat manfaat daripada subsidi keseluruhan yang berjumlah RM62.6 bilion berbanding memberi subsidi kepada rakyat?

Itu baru syarikat tenaga. Macamana syarikat-syarikat lain? 
 
Sebab itu kita melihat kekayaan pemimpin Umno luar biasa. Baru sepenggal menjadi wakil rakyat mengalahkan taukey dadah. Itu belum kira yang memerintah dan berkuasa sehingga kepala botak dan beruban. Lihatlah kekayaan Ketua Menteri Sarawak!

Apa yang dapat diperhatikan tentang kenaikan harga barang bertali arus ini sebenarnya usaha yang dilakukan oleh Najib sebagai persiapan mengumpul dana untuk menghadapi pilihanraya. Baru-baru ini disangkakan taukey judi akan melabur besar jika diluluskan lesen judi bola tetapi gagal. Akibatnya sekarang rakyat diperas untuk mencukupkan keperluan kewangan yang lebih besar bagi memastikan Umno-BN terus memerintah.

Hasrat ini perlu dihalang. Jom bersama-sama kita selamatkan Terengganu. Selamatkan Malaysia dari tangan-tangan khianat ini. Semoga dapat dipertingkatkan kefahaman dan capaian maklumat kepada rakyat agar tidak terus dibutakan oleh pemimpin Umno-BN.

Thursday, May 20, 2010


Rosmah Cuba Ketepikan Shahrizat


SHAH ALAM 20 Mei - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur didakwa cuba mengambil alih peranan Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Menteri Wanita, Pembangunan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai tokoh wanita di negara ini.


Ini berdasarkan kepada usaha Rosmah yang kini semakin mendominasi dan membayangi pengaruh Shahrizat dengan menggunakan kedudukannya sebagai 'Wanita Pertama' Malaysia.


Terbaru, Rosmah menjadi jemputan utama untuk berucap dalam forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) bertajuk "Memodalkan Potensi Wanita Dalam Perniagaan" yang ke enam Selasa lalu.


Hadir sama pada majlis itu termasuk Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi Rangkaian Perniagaan Wanita WIEF, Datuk Dr Norraesah Mohamad dan bekas Menteri Perdagangan antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.


Bagaimanapun, ketidakhadiran Shahrizat berucap dalam forum penting tersebut atas kapasiti menteri yang menjaga hal ehwal wanita menimbulkan spekulasi beliau tidak sehaluan dengan isteri Perdana Menteri itu.


Ketika diminta mengulas perkara ini, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata Rosmah kini bukan sahaja dilihat mahu mengambil alih tugas Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno tetapi juga peranan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat.


"Apa yang Shahrizat lakukan? Adakah ini merupakan bayaran sebagai lantikan beliau sebagai menteri melalui pintu belakang?," kata beliau kepada Suara Keadilan.


Menurut Ahli Parlimen Ampang itu keghairahan Rosmah menonjolkan dirinya telah menenggelamkan pengaruh Shahrizat yang kini seolah-olah tidak lagi memainkan peranan sebagai anggota Kabinet.

Manakala Rosmah yang bercita-cita tinggi pula semakin ligat berucap di forum samada di dalam atau di luar negara untuk mempamerkan dirinya dengan menggunakan pengaruh media milik Umno-Barisan Nasional dan 'mencuri' gelaran 'Wanita Pertama' yang telah menyinggung Raja Permaisuri Agong.


"Ini jelas apabila beliau bersikap biadap dengan menggunakan gelaran sebagai Wanita Pertama, melampaui kuasa Raja Permaisuri Agong. Sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah seharusnya tahu tanggungjawab dan tugasnya serta tidak melebih-lebih. Sekiranya apa yang dilakukan mendatangkan keburukan ia akan memberi kesan kepada imej dan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri," ujar Zuraida.


Beliau menambah keadaan ini berbeza ketika Tun Siti Hasmah Mohamad Ali menjadi isteri Perdana Penteri di mana sedar kedudukannya dan tidak terlalu menonjolkan dirinya seperti mana yang dilakukan Rosmah.


"Tun Siti Hasmah lebih diplomatik, menampakkan sifat keibuan dan ketrampilannya sebagai isteri PM. Dia tidak berlebih-lebihan dan tahu tentang bidang tugasnya sebagai isteri PM," katanya lagi.




Wednesday, May 12, 2010

Umno first lady 2010